fbpx

7 kedai musnah dijilat api kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MERSING – Tujuh buah kedai di Jalan Dato Mohd Ali, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada pukul 5.49 pagi.

Seramai 51 anggota dari BBP Endau, BBP Mersing, BBP Rompin dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Endau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut melibatkan sederet kedai berstrukur kayu yang mana telah memusnahkan kesemua tujuh unit bangunan kedai dua tingkat tersebut.

“Antara kedai yang terlibat adalah tiga unit kedai hardware, satu unit kedai gunting rambut, satu unit kedai kasut, satu unit kedai kopitiam dan satu unit kedai peralatan muslim.

“Manakala terdapat sebuah surau India muslim turut terbakar hanya 40 peratus sahaja berjaya diselamatkan pihak bomba. Selain itu anggota operasi juga berjaya menyelamatkan dua unit rumah dan satu unit pasar lama yang berada di bahagian belakang bangunan kedai yang terbakar itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Alias berkata, tindakan awal operasi dengan memadam kebakaran menggunakan aliran 500 kaki sumber air dari pam jentera dan pili bomba.

Katanya kerja-kerja ‘overhaul’ juga masih sedang dijalankan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kebakaran dan nilai kerugian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI