fbpx

Tiga ditahan miliki senapang tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (tengah) menunjukkan tiga laras senapang tiruan yang dirampas dalam dua serbuan di Ketengah Jaya, Dungun semalam.

DUNGUN – Padah memiliki senapang tiruan, tiga lelaki termasuk seorang penganggur dan bapa mertuanya ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya dekat sini semalam.

Dalam serbuan di kediaman suspek masing-masing antara pukul 1 pagi dan 2.15 pagi itu, tiga laras senapang tiruan dipercayai milik mereka berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 36 tahun dan bapa mentuanya berumur 58 tahun ditahan dalam serbuan pertama di rumah masing-masing di Felda Kerteh 5 pada pukul 1 pagi.

“Serbuan berjaya merampas dua laras senapang tiruan. Hasil soal-siasat awal, suspek berusia 36 tahun mengaku menghasilkan sendiri senapang tersebut dengan meniru replika senapang cicak tiruan milik bapa mentuanya.

“Dia mendakwa menghasilkan senapang tiruan berkenaan untuk tujuan memburu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI