fbpx

Tiada perjalanan rentas negeri untuk pasangan PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiada perjalanan rentas negeri bagi golongan pasangan jarak jauh (PJJ) sepanjang tempoh penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama yang akan dikuatkuasakan bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu, semua pihak harus memainkan peranan dan berkorban dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Ada peniaga terpaksa berkorban menutup perniagaan dalam tempoh dua minggu ini, ada juga kilang-kilang yang terpaksa ditutup kerana akur pada arahan ‘total lockdown’ yang akan dikuatkuasakan.

“Jadi untuk isu PJJ ini, mereka yang terlibat juga perlu berkorban dalam tempoh dua minggu memandangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perjalanan rentas negeri bagi tujuan tersebut,”katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kerajaan pada 28 Mei lalu mengumumkan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, sepanjang ‘total lockdown’ itu berkuat kuasa, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI