fbpx

Tiada anak tidak sah taraf patut dinafikan hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida.

PETALING JAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin menyuarakan kembimbangan berhubung keputusan majoriti panel hakim di Mahkamah Persekutuan semalam mengenai seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan walaupun bapa merupakan warga Malaysia.

Zuraida dalam satu kenyataan berkata, walaupun menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan, beliau tidak setuju dalam kes tersebut.

“Kes ini, yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan.

“Tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar dia tidak sah taraf,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu katanya, beliau akan membangkitkan kes tersebut kepada Menteri bertanggungjawab atau di kabinet demi memastikan anak itu mendapat status warganegara secara pendaftaran, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan kerosakan yang ditimpa kepada orang yang tidak bersalah ekoran peruntukan yang sudah ketinggalan zaman, iaitu Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan untuk penghakiman majoriti dalam kes tersebut,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang anak luar nikah berusia 11 tahun gagal segala usaha untuk mendapat kerakyatan Malaysia walaupun bapa kandungnya yang merupakan rakyat tempatan, kemudian berkahwin secara sah dengan ibunya seorang warganegara Filipina, lima bulan selepas kelahirannya.

Perkara itu dimuktamadkan oleh panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang mencapai keputusan majoriti tipis 4-3 ketika menolak rayuan akhir kanak-kanak itu dan bapanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI