fbpx

Thailand temui tujuh laluan tikus di sempadan dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui 7 laluan tikus di Sadao, Thailand yang bersempadan dengan Kedah dan Pelis. - Assawin Pakkawan / Bangkok Post

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menemui tujuh lokasi di mana aktiviti melintas sempadan secara haram berlaku di sepanjang kawasan perbatasan sejauh 85 kilometer di daerah Sadao, Gabenor Jaruwat Kliangklao semalam seperti laporan akhbar Bangkok Post.

Kawasan tersebut bersempadan dengan negeri Kedah dan Perlis di Malaysia.

Jaruwat berkata, laluan tikus itu digunakan oleh kedua-dua rakyat Thai dan pendatang asing untuk memasuki Thailand secara haram dari Malaysia.

“Di beberapa lokasi, mereka yang merentas sempadan dipercayai menggunakan tangga atau batang kayu untuk memanjat pagar sempadan malah, ada yang menggali tanah untuk melintas  atau memotong pagar sempadan,” katanya.

Menurutnya, ramai yang berjaya merentas sempadan di sebalik rondaan berkala oleh pasukan tentera sebagai langkah untuk mengekang penularan koronavirus. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN