fbpx

Sultan Kelantan dukacita peratusan pendaftaran vaksin rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Muhammad V.

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita melihat peratusan pendaftaran vaksin di Kelantan yang merupakan antara paling rendah iaitu hanya sekitar 33 peratus sehingga semalam.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd. Shafriman Nik Hassan berkata, sehubungan dengan itu, baginda bertitah bahawa semua wakil rakyat di Kelantan perlu bersedia membantu semua rakyat yang memerlukan pertolongan untuk mendaftar dan mengalami kesukaran untuk hadir menerima vaksin pada hari yang ditentukan.

“Baginda menegaskan sekali lagi agar mereka yang tidak mempunyai urusan penting di Kelantan tidak pulang ke negeri ini bagi mengurangkan risiko kepada orang lain terutama sekali orang-orang tua dan mereka yang berisiko tinggi.

“Baginda turut menitahkan semua rakyat Kelantan di dalam dan luar negeri supaya mengambil serius peningkatan jangkitan Covid-19 dan memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri serta keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Mohd. Shafriman, baginda berharap semua dapat memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard, tidak melarikan diri atau enggan kuarantin dan tidak merentas negeri supaya peningkatan kes dapat dibendung secepat mungkin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI