fbpx

Sukan lasak latih Fasya jadi kental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasya Mohd. Zin

Susuk tubuh kecil, tetapi ­memiliki semangat dan jiwa yang kental membuatkan gadis bernama Nurul Faisyah Mohd. Zin ­atau dikenali dengan Fasya Mohd. Zin menjadi seorang gadis serba boleh.

Gadis berusia 27 tahun itu merupakan seorang adrenaline junky di masa lapang, namun dia juga mempunyai kerjaya ­sebagai akauntan di sebuah ­syarikat swasta dan juga seorang mo­del sambilan serta mempunyai ­jenama pakaian miliknya sendiri.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu sempat berkongsi bersama Kosmo! Ahad pengalaman pahit manis yang terpaksa dilalui sepanjang hidupnya.

Kosmo! Ahad: Sejak bila berkecimpung dalam bidang permodelan?
FASYA: Sejak berusia 18 tahun. Pada mulanya, saya dilamar satu jenama pakaian untuk me­lakukan peragaan pentas dan sejak situ saya terus berjinak-jinak dengan dunia permo­delan ini.

Ada melakukan kerjaya lain selain model?
Saya juga aktif dalam iklan serta model untuk beberapa video klip. Bagaimanapun, ­kini saya tumpukan perhatian ­pada kerjaya sebagai akauntan ­serta menjalankan perniagaan online seperti
jenama pakaian dan penjagaan kulit.

Fasya Mohd. Zin

Pernah melibatkan diri de­ngan aktiviti kemasyarakatan?
Pada Januari lalu, saya mengikuti Bantuan Penyelamat ­Mangsa Banjir anjuran Brotherhood Wangsa Maju dan GHM di Kampung Benta, Pahang selama dua hari.

Apa yang mendorong Fasya terlibat dengan sukan lasak?
Mungkin sebab minat. ­Sejak di bangku sekolah lagi saya aktif bersukan dan semasa umur ­19 tahun saya ada letakkan senarai sukan lasak yang saya ingin lakukan sebelum usia 30 tahun. Mungkin sebab saya anak tunggal perem­puan juga mendorong ke arah ­itu.

Sukan paling extreme yang pernah dilakukan?
Rope swing di Kuala Kubu Bharu. Walaupun orang kata menyelam lebih berbahaya tetapi rope swing betul-betul menguji mental.

Pernah cedera semasa me­lakukan sukan lasak?
Pernah. Saya jatuh ketika menunggang mountain bike di Putrajaya dan sehingga kini saya masih memerlukan rawatan susulan, sebab hentakan kuat pada tulang belakang.

Ada tak diskriminasi melibatkan diri dalam bidang tersebut?
Tiada. Orang sekeli­ling banyak memberi semangat terutama sekali ibu bapa.

Bagaimana Fasya membahagikan masa sebagai model dan kerjaya?
Sejak memilih untuk sambung belajar setahun lalu, saya kurang mengambil tawaran untuk model tetapi kalau ada tawaran yang tak mengganggu masa kerja atau pelajaran, insya-Allah boleh dipertimbangkan. Bekerja dan belajar separuh masa sangat mencabar.

Apa pengalaman paling pahit dialami sepanjang bergelar model?
Belum ada. Kalau ada pun saya jadikannya sebagai satu motivasi untuk perbaiki diri pada masa hadapan.

Fasya mempunyai jenama pakaian sendiri?
Alhamdulillah pada tahun 2018 ketika Fasya buka gerai di Mood Republik. Sambutan sa­ngat menggalakkan hingga tercipta jenama Fenella.

Bagaimana boleh terfikir untuk membuat jenama pa­kaian sendiri?
Saya sangat meminati bidang kecantikan dan fesyen, jadi bermula dari situ saya banyak berangan. Saya harap suatu hari nanti dapat buka butik sendiri.

Kata-kata semangat untuk yang mahu menjadikan mo­del?
Sentiasa fikir masa depan dan terus berusaha serta ikut jalan yang betul untuk berjaya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI