fbpx

Solat ghaib buat Allahyarham Harussani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri memohon umat Islam di negara ini supaya melakukan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurutnya, solat jenazah ghaib itu sebagai tanda kasih kepada golongan ulama.

“Marilah sama-sama kita melakukan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham tanda kasih kita kepada ulama.

“Saya doakan semoga Allah S.W.T kurniakan kepada Allahyarham bersama dengan para nabi, rasul, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh di syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zulkifli berkata, mengenangkan jasanya yang begitu banyak, menjawat jawatan sebagai mufti lebih tiga dekad menunjukkan thiqah dan kepercayaan kerajaan kepadanya yang terkenal dengan sifat-sifat ulama rabbani. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI