fbpx

Runner rugi RM2,000 ditipu pelanggan jual iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang penghantar ‘runner’ persendirian bukan sahaja kempunan untuk memiliki iPhone 12 Pro Max malah mengalami kerugian RM2,000 apabila ditipu kenalan yang juga pelanggannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 27 tahun dari Alor Kangkong di sini mengenali suspek yang menggunakan khidmatnya sebagai ‘runner’ pada April lalu.

“Selepas hampir sebulan berkenalan suspek menawarkan kepada mangsa dua telefon pintar iPhone 12 Pro Max dengan harga RM1,000 sebelum mangsa bersetuju membeli dan membuat pembayaran.

“Suspek sekali lagi menawarkan kepada mangsa satu lagi telefon bimbit dan laptop dengan harga RM1,000 dan mangsa juga bersetuju dan sekali lagi membuat pembayaran ke akaun suspek,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya selepas tiga hari membuat pembayaran mangsa gagal menghubungi suspek dan bertindak pergi ke rumah suspek sebelum dimaklumkan jiran individu berkenaan telah berpindah.

Katanya, mangsa menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI