fbpx

Rundingan gencatan senjata kekal Palestin-Israel catat kemajuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar Negeri Mesir Sameh Shoukry (kanan) bertemu dengan rakan sejawatnya dari Israel, Gabi Ashkenazi (kiri) di Istana Tahrir di Kaherah, Mesir, hari ini.- AFP

KAHERAH – Perbincangan mengenai gencatan senjata kekal antara Israel dan Pergerakan Hamas mencatat perkembangan terbaharu apabila Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenzi tiba di Kaherah, Mesir untuk bertemu rakan sejawatnya , Sameh Shoukry, hari ini.

Ashkenazi dalam ciapan di laman Twitter memberitahu, kunjungan lbeliau ke Kaherah adalah lawatan rasmi pertama Menteri Luar Israel dalam tempoh 13 tahun.

“Kami akan membincangkan bagaimana untuk mewujudkan gencatan senjata secara kekal dengan Hamas, mekanisme dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza dengan peranan utama dimainkan oleh masyarakat antarabangsa,” tambahnya.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaannya akan memberi komitmen penuh dalam usaha mendapatkan semula tahanan Israel di bawah   Hamas.

Mesir memainkan peranan penting dalam memajukan gencatan senjata awal bulan ini antara Israel dan Hamas sekali gus   mengakhiri pertempuran selama 11 hari.

Pegawai kanan keselamatan Mesir mengesahkan kepada AFP bahawa pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh juga akan berada di Kaherah untuk perbincangan itu,  namun tidak memberikan sebarang perincian  lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Perisik Mesir, Abbas Kamel yang mengetuai delegasi keselamatan peringkat tinggi juga kan  berkunjung ke Israel dan wilayah Tebing Barat.

“Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan ketua perisik untuk berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyah dan pihak berkenaan bagi menetapkan gencatan senjata kekal dan perkembangan terbaharu di Palestin,” kata sumber itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI