fbpx

PM ucap takziah pada keluarga Mufti Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani seluruh lapisan masyarakat.

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria yang meninggal dunia hari ini.

Muhyiddin menerusi Facebooknya memaklumkan, pemergian Allahyarham yang juga Mufti Perak itu merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan sahaja bagi negeri Perak tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Jasa dan sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya,” katanya di sini.

Beliau turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang dan berharap semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.

“Sama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri untuk memperkasakan Islam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira pukul 3 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Sebelum ini dilaporkan, Harussani, 82, dan isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sedang mendapatkan rawatan di HRPB, sebelum sambutan Aidilfitri berikutan jangkitan Covid-19.

Isteri Allahyaham telah beransur pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Mei lepas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI