fbpx

Perhilitan tangkap tiga ekor gajah sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga ekor gajah dari kawanan Tenggara yang tersesat ditangkap Perhilitan Johor di kawasan kebun berhampiran Hentian Sebelah Simpang Renggam, Kluang, hari ini.

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menangkap tiga ekor gajah liar di Batu 43 Kampung Pinggir, Simpang Renggam di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, lapan anggota unit tangkapan gajah terlibat dalam operasi tersebut.

“Kumpulan gajah berkenaan dilihat berada di dalam kebun berhampiran dengan Hentian Sebelah Simpang Renggam.

“Tiga ekor gajah ini merupakan sebahagian daripada kumpulan gajah Tenggara yang tersesat sejak seminggu yang lepas.

“Kawasan konflik gajah di sekitar Kampung Sri Timur, Felda Kahang Barat/Timur, Taman Sri Impian, Mardi Kluang, Ladang Sungai Kahang, Ladang Ulu Remis, Ladang Renggam, Felda Layang-layang, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Bukit Kenangan dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Salman, Perhilitan Johor akan menjalankan pemantauan ke atas gajah-gajah tersebut sehingga dipindahkan ke habitat baru. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI