fbpx

Penduduk Kuala Selangor tidak buat pembelian panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Pasar Awam Pasir Penambang, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR- Penduduk Kuala Selangor tidak membuat pembelian panik walaupun berdepan ‘total lockdown’ Selasa ini.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Awam Pasir Penambang di sini pagi ini mendapati, suasana di pasar itu terkawal walaupun jumlah pengunjung agak ramai.

Seorang peniaga sayur, Nuraisyah Ahmad, 21, berkata, jumlah pengunjung pasar awam berkenaan hari ini lebih sedikit berbanding semalam.

“Walaupun ramai, keadaan terkawal kerana beberapa anggota polis serta Jabatan Sukarelawan Negara (Rela) mengawal kemasukan pengunjung ke pasar dan sayur seperti cili, timun dan bendi habis dijual semalam,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga ayam, Nurlela Suhaimi, 33, berkata, 30 ekor ayam yang dibawanya habis terjual semalam sebelum pasar itu ditutup pukul 2 petang dan yakin bekalan jualannya mencukupi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI