fbpx

Masa buat Ferrari belum sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ berjaya menaiki podium kedua di Monaco biarpun Leclerc ditimpa malang ekoran gagal memulakan perlumbaan. – AFP

MARANELLO, Itali – Pemandu Ferrari, Carlos Sainz mengakui sangat sukar buat pasukannya untuk mengulangi pencapaian terbaik dengan menempah petak pertama seperti Grand Prix (GP) Monaco mahupun memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Ferrari menikmati hujung minggu terbaiknya sejak 2019 di Monte Carlo apabila Charles Leclerc menyambar petak pertama dalam sesi kelayakan dan Sainz muncul naib juara di Grand Prix (GP) Monaco 23 Mei lalu.

Leclerc berpeluang untuk menamatkan badi Ferrari untuk meraih kemenangan sulung mereka musim ini, namun hampa apabila jenteranya itu berdepan kerosakan sekali gus dan tidak dapat memulakan perlumbaan.

“Cuba lihat litar Monaco. Ada atau tidak trek lain yang hampir sama dengannya?

“Anda akan lihat tidak banyak. Anda mungkin akan fikir, litar yang hampir sama dengan Monaco akan membolehkan kami memburu podium atau menem­pah petak permulaan.

“Saya percaya, Mercedes dan Red Bull masih mempunyai ke­lebihan berbanding kami dan ia agak rumit untuk kami sendiri berjuang mendapatkan kemenangan ataupun petak perlumbaan.

“Kami tidak tahu adakah peluang seperti di Monaco akan da­tang lagi. Apa pun kami berbangga dengan kemajuan yang kami peroleh tetapi saingan F1 sentiasa mencabar,” kata Sainz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI