fbpx

Lima PPV mega ditambah di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lima lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega akan beroperasi di sekitar Lembah Klang bermula 7 Jun ini bagi meningkatkan jumlah pemberian vaksin serta mempercepat imuniti kelompok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dua lokasi PPV mega itu terletak di Kuala Lumpur iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bagi Selangor pula, tiga PPV mega akan dibuka iaitu di Pusat Konvensyen The Mines, Pusat Konvensyen Setia City dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“PPV mega ini membolehkan kita mempercepatkan pemberian vaksin di Lembah Klang terutama di Selangor serta menguruskan janji temu penerima vaksin berganda berbanding bilangan sekarang” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI