fbpx

Klopp sudah lama minat Konate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE menjadi pemain pertama dibeli Liverpool untuk berdepan saingan musim depan bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan. – AFP

LIVERPOOL – Pemain baharu Liverpool, Ibrahima Konate dijang­ka akan menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama pasukan itu menjelang saingan musim baharu 2021/22.

Pengurusnya, Jurgen Klopp percaya bekas pemain RB Leipzig itu mampu untuk mencabar pemain-pemain lain selepas menyertai The Reds dengan menanda­tangani kontrak selama lima tahun.

Kata Klopp, beliau gembira untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu memandangkan sudah lama meng­ikuti perkembangannya sejak Konate beraksi bersama pasukan Liga Divisyen Dua Perancis, Sochaux.

“Secara jujur, saya sudah lama berkenan dengan aksi yang ditampilkan Ibrahima. Saya gembira kerana akhirnya kami berjaya dapatkan khidmat salah seorang pemain yang saya mahu.

“Kami berdepan isu kecede­raan di bahagian pertahanan pada saingan musim ini. Sudah tentu ia adalah posisi utama yang perlu diberi perhatian pada jendela perpindahan kali ini.

“Dia (Konate) sudah bermain lebih 90 kali bersama Leipzig, jadi saya percaya kami sudah tandatangan seorang pemain yang boleh menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama pasukan ini,” kata pengendali dari Jerman itu.

Pada masa sama, Liverpool juga boleh menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan, Virgil van Dijk dan Joe Gomez juga semakin hampir untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI