fbpx

Hospital mohon kontena jenazah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimaton (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan katil kepada Dr. Farozy Faizah di Hospital Jitra hari ini.

JITRA – Kerajaan negeri menerima permohonan daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini untuk menyediakan dua buah kontena khas sebagai tempat tambahan penyimpanan jenazah pesakit Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata, penyediaan kontena tersebut adalah sebagai persediaan awal memandangkan jumlah kematian akibat pandemik itu semakin meningkat.

“Sekarang ini kita masih guna bilik mayat dan permohonan untuk kontena itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan apatah lagi kes kematian semakin meningkat.

“Insya-Allah esok saya akan maklumkan tentang permohonan itu di mesyuarat khas Exco berkaitan Covid-19 dan pelaksanaan total lockdown secara dalam talian,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan katil hospital oleh syarikat SG Energy Sdn. Bhd. di Hospital Jitra di sini hari ini.

SG Energy Sdn. Bhd. menyumbangkan sebanyak 26 katil termasuk bantal yang keseluruhannya bernilai RM60,000 untuk kelengkapan pesakit di hospital tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI