fbpx

Dua individu dari KL dikompaun sejurus sampai Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Azahari Muhktar (dua dari kiri) melakukan tinjauan di SJR Kilometer 129 Jalan Rompin-Kuantan di Rompin hari ini.

ROMPIN – Tindakan dua individu yang nekad merentas negeri tanpa kebenaran untuk ke Pulau Tioman membawa padah apabila mereka dikenakan kompaun masing-masing RM1,500.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azahari Mukhktar berkata, dalam kejadian pada Rabu lalu lelaki berusia 30 dan wanita berusia 25 tahun itu ditahan ketika sampai di pulau peranginan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan kedua-dua individu berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur memberi alasan datang ke pulau berkenaan untuk menghantar barang.

“Berdasarkan kepada pemeriksaan mereka tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri dan dikenakan kompaun serta diarahkan berpatah balik,” katanya selepas melakukan pemantauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 129 Jalan Rompin-Kuantan di sini, hari ini.

Menurut Azahari kedua-dua individu berkenaan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit dan diarahkan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

Katanya, kedua-dua individu yang masuk ke pulau berkenaan melalui Jeti Tanjung Gemok di sini itu kemudiannya diarahkan balik semula.

“Kita akan terus memperketatkan kawalan di SJR dan melakukan pemantauan bagi memastikan tiada individu yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran polis,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kawalan sempadan Johor di Tanjung Gemok yang hanya dipisahkan dengan Sungai Endau beliau berkata, pemantauan di lakukan berterusan olah pasukan pemantau yang ditugaskan di situ.

Selain itu katanya, pihak polis marin turut sama melakukan pemantauan di sepanjang sungai bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri dan melanggar peraturan ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI