fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga Mufti Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dr. Harussani Zakaria

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Mufti Perak atas pemergiaan beliau petang tadi.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergiaan Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dan berharap seluruh keluarga tabah menghadapi ujian itu.

“Seri Paduka Baginda berdua menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti serta jasa Allahyarham kepada masyarakat selain sumbangannya dalam pembangunan ummah.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya di sini tadi.

Berita berkaitan: Harussani meninggal dunia akibat Covid-19

Sebelum ini, Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu sebelum meninggal dunia petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI