fbpx

1,500 klinik, hospital swasta jadi PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Sebanyak 1,500 hospital dan klinik swasta disasarkan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum akhir Jun ini bagi meningkatkan jumlah pemberian vaksin kepada orang ramai.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini kira-kira 2,500 pengamal perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta sedang menjalani latihan sebelum mereka membuka PPV masing-masing.

“500 PPV melibatkan GP klinik dan hospital swasta akan mula beroperasi 15 Jun ini, manakala bakinya dijangka akan beroperasi sebelum hujung Jun.

“Dengan penambahan PPV ini kita yakin ia mampu meningkatkan jumlah penerima vaksin sekurang-kurangnya 45,000 dos sehari tertakluk kepada bekalan vaksin,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI