fbpx

Terkait isu tak sensitif, Joe Flizzow pertahankan prinsip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW, Joe Electronica dan Jay Park.

PETALING JAYA – Sudah tiga tahun diterbitkan, lagu kolaborasi Joe Flizzow bersama Jay Park, Jay Electronica dan DJ Begun, Twisted Dream tiba-tiba meraih kecaman hebat disebabkan terdapat lirik terkandung kalimah Allah.

Tidak berdiam diri, Joe yang juga penyanyi dan komposer lagu tampil menjelaskan salah faham memandangkan Jay Electronica juga beragama Islam.

“Ramai mempertikai lagu saya bersama Jay Park dan Jay Electronica yang menyebut nama Allah. Itu hak dia (Jay Electronica) sebab dia pun beragama Islam. Jangan buat fitnah, tidak baik.

“Baca daulu keseluruhan seni kata lagu ini sebelum membuat sebarang andaian. Cuba bersikap positif, lihat benda baik sebelum jatuhkan orang lain.

“Malah juga dia berani dan bangga menyatakan dia beragama Islam menerusi lagu-lagunya pada ketika masih wujud diskriminasi di sana,” katanya yang terbabit dalam siri kecaman tersebut hanya kerana pernah bekerjasama dengan Jay Park.

Terdahulu, perdebatan tercetus dalam sosial selepas penyanyi rap Amerika Syarikat, Jay Park terkait dengan isu lagu solo barunya, Mukkbang yang didakwa mengguris hati umat Islam.

Lirik lagu itu menyebut ‘Worship me like Allah’ atau puja saya seperti Allah) yang membuatkan ramai menempelak Jay Park sebagai tidak sensitif.

Apabila kontroversi buah tangan terbaru bekas anggota 2PM itu trending dalam Twitter, ada pihak ‘menyelongkar’ pula lagu kolaborasi Joe dengan penyanyi terbabit yang dimuatkan dalam album The Road Less Traveled terbitan tahun 2019.

Bagaimanapun, Jay Park sudah menyatakan permohonan maaf terbuka kepada peminatnya yang beragama Islam selain menganggap kejadian ini sebagai pengajaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI