fbpx

Skuad Harimau Malaya hanya perlu kekal positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (tengah) mahu anak-anak buahnya kekal positif kerana saingan masih lagi berbaki tiga perlawanan dan apa sahaja boleh berlaku.

LALUAN skuad Harimau Malaya untuk meraih slot automatik ke Piala Asia 2023 nampak berliku, tetapi jalan selamat untuk merea­lisasikan hasrat itu dengan kekal menjadi juara Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula minggu depan.

Keyakinan itu diluahkan oleh ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe yang mahu barisan pemain kekal positif selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan mekanisma baharu semalam.

“Kita sudah tahu keputusan yang dikeluarkan oleh FIFA dan gambaran bagaimana cara untuk pasukan melayakkan diri ke pusingan seterusnya selain mara secara automatik ke pentas Piala Asia 2023 juga sudah jelas.

“Mungkin di atas kertas jika pasukan meraih status naib juara nampak sukar, namun saya mahu pemain kekal positif ke­rana saingan masih lagi berbaki tiga perlawanan dan apa sahaja boleh berlaku.

“Kita sedar jalan selamat adalah untuk muncul juara kumpulan, namun pada masa sama, saya tidak mahu pemain tertekan, sebaliknya fokus mengharungi aksi akan datang,” kata­nya pada sidang akhbar virtual semalam.

Menurut kenyataan FIFA kelmarin, mata pasukan naib juara ke atas pasukan tercorot setiap kumpulan yang bersaing untuk merebut tempat teratas bagi melayakkan ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 seterusnya tidak akan diambil kira.

Langkah itu dibuat selepas negara Korea Utara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai baki kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022.

Skuad negara ketika ini sedang berada di Manama, Bahrain sebagai persiapan untuk mengharungi tiga baki saingan kumpulan G dengan bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

ardPasukan Malaysia sudah melengkapkan dua aksi pemanas badan dengan perlawanan ujian menentang Kuwait pada Isnin lalu dan aksi persahabatan antara­bangsa bertemu Bahrain awal pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI