fbpx

Rakyat tidak belajar daripada kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan seorang pengguna laman Twitter kecewa dengan segelintir masyarakat yang masih pentingkan diri walaupun negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

PETALING JAYA – Segelintir masyarakat yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan melakukan pembelian panik hari ini menaikkan amarah netizen berikutan tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Terkini, tanda pagar #RakyatGagal mula ‘trending’ di Twitter dan menjadi perbualan hangat di antara pengguna media sosial tersebut.

Ramai pengguna laman Twitter meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap golongan degil yang bertindak mengikut kepentingan diri sendiri.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @MohdSuhelll, apabila kerajaan setuju untuk melakukan ‘total lockdown’, masyarakat mengeluh.

“Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sudah hendak ‘total lockdown’, rakyat mengeluh. Tiada ‘total lockdown’ pun mengeluh. Bila sentuh soal SOP tidak masuk akal, mengeluh. Kerajaan sudah nyatakan SOP yang betul pun mengeluh. Kerajaan ada buat silap tetapi masalah utama adalah #RakyatGagal,” ciapnya.

Kes baharu pada hari ini mencatatkan sebanyak 9,020 kes dan mencatatkan kes tertinggi sepanjang wabak Covid-19 melanda di negara ini.

“Ia tidak menjadi masalah apa yang kerajaan lakukan jika masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan,” ciap @OAz4r.

“Akhirnya, #RakyatGagal ‘trending’ dan ia ditujukan kepada mereka yang tidak belajar dari kesilapan dan tiada kesedaran langsung dalam diri mereka. Saya terkedu melihat tindakan mereka,” balas @heckerioXD di laman Twitter.

“Kenapa mereka masih tergesa-gesa melakukan pembelian panik? Kita telah pun menghadapi ‘lockdown’ sebelum ini sejak dari tahun lepas namun mereka masih melakukan kesilapan yang sama,” ciap @itsChocoleta. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI