fbpx

Pengantin kena pulas telinga semasa bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin wanita yang berang suaminya asyik menari dengan penyanyi majlis bertindak memulas telinga lelaki itu. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang pengantin wanita menjeling tajam suaminya yang sedang menari dengan penyanyi undangan pada majlis perkahwinan mereka tular di media sosial, lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.

Dalam video yang dimuat naik oleh @fikririzaldi_official itu, pengantin lelaki kelihatan asyik menari dengan penyanyi wanita dan membiarkan isterinya keseorangan di atas pelamin.

PENGANTIN  lelaki asyik menari bersama penyanyi undangan pada majlis perkahwinannya. – tiktok

“Ketika pengantin lelaki asyik menari, ada sepasang mata memandangnya seolah-olah ingin menelan mangsa hidup-hidup,” tulis pemilik akaun sosial tersebut pada kapsyen rakaman video itu.

Pengantin wanita itu yang marah, kemudian menarik tangan suaminya lalu memulas telinga lelaki itu.

Rata-rata netizen yang menonton video itu menyokong tindakan pengantin perempuan tersebut.

“Bagaimana ya pengantin lelaki boleh bersikap begitu semasa hari bahagianya,” tulis seorang netizen.

“Semasa majlis persandingan, jangan jemput penyanyi kerana nanti jadi begitu, menyakitkan hati,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sudah ditonton lebih daripada 1.4 juta kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI