fbpx

Pakai seluar ketika berpantang, Ain minta netizen jangan ‘berbunyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN dikecam selepas dia memuat naik memakai seluar ketika masih dalam tempoh berpantang.

PETALING JAYA – Gara-gara malas hendak melayan kecaman ‘mak cik bawang’ kerana memakai seluar ketika masih dalam tempoh berpantang, pelakon dan pengacara Ain Edruce menyertakan sekali kapsyen berbaur ‘amaran’ supaya tidak mempersoalkan pakaian yang dipakainya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, memberitahu bahawa dia telah ke hospital pada hari ke-10 dia berpantang hari ini bersama bayinya untuk melakukan pemeriksaan doktor.

“Pantang hari ke-10. Jangan bising pula aku pakai macam ini. Bawa bayi buat pemeriksaan dekat hospital. Lepas tu aku balik,” tulisnya ringkas.

Gara-gara kapsyen tersebut, rata-rata pengikutnya dalam Instagram meninggalkan komen dengan memintanya supaya tidak ambil peduli dengan mulut orang lain.

“Pedulikan sahaja komen-komen kecaman. Awak yang bersalin, jadi awak tahu apa yang patut awak buat,” kata salah seorang pengikutnya.

Selain itu, ramai juga pengguna Instagram memberitahu bahawa situasi wanita berpantang selepas bersalin pada hari ini sudah jauh berbeza dengan zaman sebelumnya.

“Memang kalau berpantang kena pakai kain batik ya? Dah tahun 2021, zaman pun dah berubah,” komen seorang netizen.

Baru-baru ini, Ain telah menerima kecaman hebat daripada netizen selepas dia memuat naik foto memakai seluar selepas seminggu dia melahirkan cahaya mata sulung.

Rata-rata netizen menuduhnya tidak berpantang dengan betul walaupun tujuan asalnya keluar sebentar untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.

Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung perempuan pada 20 Mei 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI