fbpx

Orang Asli Bateq terbuka hati mahu daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli Bateq mendaftar sebagai penerima vaksin secara manual dengan mengisi borang di Kampung Aring 5 di Gua Musang hari ini. Gambar : AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 di sini terbuka hati untuk mendaftar sebagai penerima vaksin selepas melihat jumlah peningkatan kes positif Covid-19 setiap hari.

Pendaftaran yang dilakukan secara manual di kampung itu mendapat sambutan kaum Orang Asli yang terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas.

Ketua Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, penduduk mengetepikan perasaan takut dan tidak melepaskan peluang mendaftar sebagai penerima vaksin selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyerahkan borang pendaftaran secara manual.

Katanya, sebelum ini, penduduk kampungnya masih belum mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.

“Terdapat hampir 400 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5 dan separuh daripadanya layak menerima suntikan vaksin.

“Daripada bilangan penduduk itu, 50 penduduk sudah mendaftar suntikan vaksin manakala bakinya akan berbuat demikian secara berperingkat selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Aring 5 di sini hari ini.

Tambah Raina, dia akan memastikan semua penduduk di kampungnya mendaftar vaksin sebelum menyerahkan semua borang yang diisi kepada pihak Jakoa.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI