Pilihan TikTok: Wanita paling ‘dibenci’?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelakon antagonis dalam drama-drama Melayu kelihatan lebih menonjol berbanding watak utama.
Antara watak antagonis yang paling dibenci penonton ialah Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 lakonan Wafariena, Nurul Husna (Jangan Benci Cintaku) oleh Niena Baharun, manakala Nurul Huda (Rindu
Awak Separuh Nyawa) persembahan cemerlang daripada Marsha Milan.
Baru-baru ini, sebuah video memaparkan tiga selebriti watak dibenci itu tular dalam aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna TikTok menyifatkan tiga pelakon wanita itu berjaya membawa watak mereka dengan baik sehingga dikecam peminat.
Malah, ada juga netizen yang mahu tiga pelakon berkenaan digandingkan dalam sebuah drama. Mungkin para pengarah tempatan boleh pertimbangkan cadangan tersebut.