PETALING JAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya.
Menurut beliau dalam satu kenyataan, berita bahawa dirinya ditahan di sebuah sekatan jalan raya termasuk gosip mengaitkan dirinya dengan seorang selebriti adalah tidak benar.
“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.
“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya hari ini. – K! ONLINE