fbpx

Kehadiran Cools sekadar spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE tidak mahu ambil pusing isu penyertaan Cools dalam skuad Harimau Malaya, sebaliknya mahu fokus dengan 25 pemain yang sudah menjalani latihan intensif sejak pertengah bulan ini.

Cheng Hoe hanya fokus kepada 25 pemain yang sudah jalani latihan intensif

HASRAT peminat bola sepak negara untuk menyaksikan benteng pertahanan pasukan Liga Denmark, Dion Cools untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nampaknya samar.

Ini susulan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe enggan mengulas mengenai kemungkinan skuad Harimau Malaya akan dikuatkan dengan keha­diran Cools dalam usaha meraih tiket automatik ke pentas Piala Asia 2023.

Kata Cheng Hoe, khabar angin yang tular menyatakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium itu akan menyertai kem latihan pusat negara di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sekadar spekulasi.

DION COOLS

“Kami barisan kejurulatihan telah sepakat untuk tidak mahu mengulas mengenai spekulasi bahawa pemain terbabit (Cools) menyertai kem skuad negara.

“Buat masa ini, fokus hanya diberikan kepada 25 pemain yang sudah menjalani latihan intensif sejak pertengahan bulan ini,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Sebagai rekod, kelmarin kelab FC Midtjylland telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan berusia 25 tahun itu akan bersama Malaysia di Dubai sebelum menarik semula kenyataan di laman rasmi mereka serta-merta selepas berita itu tular.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memang mengakui sangat berminat untuk ‘memujuk’ Cools menukar skuad nasional diwakilinya selepas dia beraksi bersama skuad remaja pasukan Belgium pada awal kariernya.

Jika berjaya diserap ke dalam skuad Harimau Malaya kali ini, Cools akan menjadi pemain berdarah kacukan keenam negara selepas La’Vere Corbin-Ong, Junior Eldstal, Matthew Davies, Samuel Somerville dan Brendan Gan.

Cools yang berasal dari Ku­ching, Sarawak telah membuat tiga penampilan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan dua kali bertemu Ajax Amsterdam, dan satu kali bersaing dengan kelab gergasi Liga Perdana Ing­geris (EPL), Liverpool.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI