fbpx

Kedah sokong penuh total lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menyokong penuh langkah kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak ada pilihan selain total lockdown berikutan peningkatan kes Covid-19.

Muhammad Sanusi

“Peningkatan kes baharu Covid-19 begitu membimbangkan pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bersungguh-sungguh demi keselamatan semua.

Kosmo! hari ini melaporkan kerajaan akan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama tersebut selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 yang kini melebihi 8,000 kes

Keputusan itu dipersetujui dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI