fbpx

JBPM NS gerak 200 anggota laksana operasi sanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EORANG anggota bomba menjalankan tugas sanitasi di luar pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan di Ampangan, Seremban.-FOTP/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menggerakkan 200 anggotanya bagi menjalankan operasi sanitasi bukan permohonan yang melibatkan 18 balai bomba kesemuanya bermula hari ini.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, inisiatif sanitasi bukan permohonan tersebut adalah sebagai langkah yang diambil bagi membendung penularan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan jangkitan sejak kebelakangan ini.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, hampir 2,000 lokasi awam di negeri telah disanitasi oleh pihak bomba. Sebelum ini, pihak kami mengikut permohonan namun selepas peningkatan kes kami mengadakan operasi sanitasi secara besar-besaran terutama di lokasi tumpuan awam.

“Di samping itu, selain lokasi awam pihak kami dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengadakan sanitasi di beberapa pusat kuarantin di negeri ini. Boleh dikatakan kami akan mengadakan operasi secara berulang-ulang di lokasi yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Balai Bomba Seremban 2 dekat sini hari ini.

Pada hari ini jelasnya, pihak bomba mengadakan sanitasi di tiga zon iaitu zon satu (Seremban), zon dua (Port Dickson) manakala zon tiga (Kuala Pilah).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI