fbpx

Insiden LRT:Lima masih dirawat, semua penumpang akan dapat bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lima penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren Isnin lalu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah berkata, tiga daripada mereka dijangka dibenarkan keluar hospital dalam tempoh antara dua hingga tujuh hari lagi.

Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 67 penumpang mendapat rawatan di HKL sejak insiden berkenaan, manakala 146 orang tiada kecederaan atau mengalami cedera ringan.

“Prasarana berterima kasih kepada HKL yang diterajui oleh Pengarah Hospital, Datuk Dr. Heric Corray dan semua warga kerja atas rawatan, kecekapan, dan sokongan kepada semua penumpang yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norlia berkata, Prasarana akan memberikan sumbangan ihsan atau ‘goodwill payment’ kepada para penumpang yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Jelas beliau, jumlah bayaran dan hak penerimaan akan ditentukan sebaik butiran tentang penumpang dapat dilengkapi.

“Saluran khas di talian 014-7371330 dan e-mel: [email protected] telah dilancarkan khusus untuk komunikasi secara langsung dengan para penumpang yang terlibat.

“Sehingga 8 pagi hari ini, seramai 130 daripada 213 penumpang telah berjaya dikenalpasti. Terdapat juga 12 warga asing dari Indonesia, Filipina, Iran,Bangladesh serta Timur Tengah dan pihak kedutaan negara-negara berkenaan telah dihubungi,” katanya.

Menurut Norlia, pihaknya berharap semua penumpang yang terlibat yang belum menghubungi Prasarana untuk tampil segera supaya bantuan dapat diselaraskan seperti yang telah diumumkan sebelum ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI