fbpx

Iesya Toh sudah beri kerjasama kepada Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IESYA TOH

PETALING JAYA – Selepas selesai memberi keterangan kepada Wisma Putra berhubung isu seorang wanita bernama Dr. Nur yang dikatakan ditahan Israel, pengacara Iesya Toh mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang kenyataan berbangkit.

Iesya, 37, yang dihubungi Kosmo! Online menerusi pesanan WhatsApp berkata, dia digalakkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan memandangkan perkara berkenaan sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Maaf sangat-sangat. Saya dah pun kongsikan segala info berkaitan kepada Wisma Putra. Mereka tidak galakkan saya untuk beri kenyataan.

“Sebab segala keputusan berkaitan, hanya antara Kementerian Luar Negeri dan jabatan Prof. Dr. Aida (ketua jabatan), iaitu bos kepada Dr. Nur,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila Iesya dan Heliza Helmi berkongsi pendedahan bahawa terdapat seorang rakyat tempatan yang bernama Dr. Nur ditahan Israel ketika berada di Palestin untuk menjalankan misi bantuan.

Iesya yang merupakan bekas pengacara program Selamat Pagi Malaysia (SPM) berkata, dia dihubungi seorang doktor yang bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan rakan setugasnya ditahan Israel.

Selepas mendapati maklumat yang diterimanya benar, Iesya kemudian menghantar mesej menerusi pesanan WhatsApp kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan menyertakan nombor telefon pihak yang berkaitan isu berkenaan.

Pendedahan mereka mendapat perhatian Wisma Putra yang kemudiannya memanggil kedua-duanya untuk tampil menyalurkan maklumat tentang keadaan Dr. Nur.

Usaha Kosmo! Untuk mendapatkan respons daripada Heliza yang juga seorang aktivis kemanusiaan belum berjaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI