fbpx

Guru wanita maut, empat lain cedera dalam kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Toyota Vios yang telah terbabas ke dalam gaung setelah berlanggar dengan sebuah van di Batu 8, Jalan KJD Sungai Mador, Bintangor, Sarikei.

SARIKEI – Seorang guru wanita maut manakala empat lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Batu 8, Jalan KJD Sungai Mador, Bintangor di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 10.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Vios yang datang dari arah Meradong menuju ke Julau di atas jalan yang lurus tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Impak daripada pertembungan terbabit telah menyebabkan kereta Vios itu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Flora Dayong, 29, yang merupakan penumpang kereta Vios berkenaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lelaki berusia 29 tahun telah mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya dan dikejarkan ke Hospital Sarikei.

Alexson turut menjelaskan pemandu van dan dua lagi penumpang telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Menurut laporan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor yang berada di lokasi kejadian, pemandu van lelaki yang berusia 30 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dada, manakala seorang penumpang wanita berusia 54 tahun patah paha kanan dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun cedera di bahagian kepala.

Selepas kejadian, pihak bomba juga telah membuat kerja-kerja ‘flushing’ akibat tumpahan minyak dan serpihan kaca.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI