fbpx

Bomba P. Pinang komited kawal, cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi sanitasi awam di Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, Gworge Town di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri komited membantu mengawal dan memutuskan rantaian peningkatan kebolehjangkitan wabak Covid-19 dengan meningkatkan operasi sanitasi awam.

Pengarahnya, Saadon Mokhtar berkata, sebanyak 691 premis melibatkan bangunan kerajaan, sekolah, kediaman, pasar awam dan institut pengajian tinggi telah disanitasi sejak Mac tahun lalu.

Menurutnya, berlaku peningkatan sebanyak 410 operasi sanitasi dijalankan di premis-premis berkenaan pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 281 premis.

“Tujuan utama sanitasi awam dijalankan adalah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 termasuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai inisiatif dan langkah yang diambil pihak bomba.

“Antara lain juga adalah untuk memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat supaya membantu memerangi pandemik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Saadon hadir pada Program Sanitasi Awam yang dijalankan di Bangunan Persekutuan, Jalan Anson di sini pada pukul 10 pagi tadi.

Operasi tersebut melibatkan jumlah keanggotaan seramai 15 anggota dan pegawai termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru serta Jalan Perak. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI