fbpx

70,000 anggota pelbagai agensi dikerah, 600 SJR di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelaksanaan Total Lockdown Fasa Pertama di KDN hari ini.

PUTRAJAYA: Lebih 70,000 anggota daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bakal dikerah untuk pelaksanaan perintah berkurung penuh bermula 1 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini terdapat 37,000 anggota polis bertugas yang melibatkan hampir 600 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

“Bagaimanapun jika jumlah ini masih tidak cukup, kita sedia mengerahkan seramai 55,000 anggota tambahan dan 15,000 lagi daripada pelbagai agensi penguatkuasaan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelaksanaan Total Lockdown Fasa Pertama dan meninjau persiapan bilik gerakan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta semua ketua agensi yang terlibat.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, dengan penambahan anggota di lapangan, lebih 800 SJR akan dilaksanakan bagi mengekang cubaan pergerakan rentas negeri terutama di laluan tikus.

“Pemeriksaan secara mengejut juga akan ditambah dengan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.

Ketika ini ujarnya, terdapat 13,795 anggota pasukan pematuhan dan jumlah itu boleh lagi dipertingkatkan kepada hampir 20,000 petugas sepanjang 14 hari tempoh perintah tersebut.

Ini katanya juga meliputi pihak penjara, imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Sukarelawan, Agensi Kawalan Sempadan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan sebagainya.

Beliau memaklumkan, cuti semua anggota penguatkuasaan di bawah kementerian ini turut ditangguhkan kecuali kecemasan bagi memastikan jumlah petugas cukup sepanjang masa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI