PETALING JAYA – Sebanyak 360 buah klinik swasta di Wilayah Persekutuan telah mendaftar untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin dalam usaha untuk menyegerakan vaksinasi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitternya berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 273 buah darinya sudah menerima surat anugerah (LOA).
“40 trak bergerak pula sedang dipersiapkan. Wilayah Persekutuan akan “all out” menyegerakan vaksinasi.
“Sasaran untuk capai tiga kali ganda kadar sekarang. Semoga Allah SWT permudahkan,” ciapnya. – K! ONLINE