fbpx

Zynakal pula perli budaya Sarawak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komen berbaur perlian mengenai budaya Sarawak yang ditinggalkan Zynakal pada foto Yonnyboii mengundang kecaman netizen.

PETALING JAYA – Belum reda dengan kontroversi sindiran kaum Iban oleh personaliti media sosial, Ryzal DurianKimchi, terbaru penyanyi Zynakal pula terpalit isu sama.

Isu tersebut timbul selepas Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 22, meninggalkan komen pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

“Uga-uga,” tulis Zynakal ringkas pada ruangan komen dalam Instagram Yonnyboii.

Biarpun sekadar komen ringkas, rata-rata netizen menyifatkan komen tersebut sebagai sindiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada era dahulu kala lazimnya dikaitkan dengan istilah orang zaman batu.

“Dia fikir kelakar ke? Muka hauk pun ada hati nak uga-uga dekat orang lain.

“Komen tak ingat dunia, lepas tu nanti mulalah nak bunuh dirilah, tekanan perasaanlah, setan rasuklah,” tulis netizen.

Pada masa sama, ada juga segelintir pengikut bertindak mempertahankan Zynakal dan beranggapan dia hanya bergurau dan meminta netizen berhenti mengecamnya ekoran masalah depresi yang dihadapinya sebelum ini.

Menerusi tinjauan Kosmo!, komen tersebut telah dipadam Zynakal. Yonnyboii tutut bertindak menutup ruangan komen pada foto tersebut.

Terdahulu, Ryzal DurianKimchi tampil membuat permohonan maaf dalam Instagramnya selepas mengakui bergurau mengenai pakaian tradisi kaum Iban yang disamakan seperti kain buruk.

Isu tersebut turut mendapat perhatian dua persatuan kebudayan dan kesenian masyarakat Iban di Sibu, Sarawak yang bertindak membuat laporan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI