fbpx

Wanita maut kereta terjatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa bersama keluarganya selepas terhumban ke bawah jambatan pada ketinggian tujuh meter di Kilometer 313.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, semalam.

TAPAH – Seorang wanita maut setelah kereta dipandu bapanya hilang kawalan lalu terhumban ke bawah jambatan pada ketinggian tujuh meter di Kilometer 313.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, semalam.

V. K. Yuvabarathi, 24, yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada pukul 3.35 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang melibatkan kereta jenis Proton X70 dipandu bapa mangsa, V. V. Kunalan, 59.

Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama ibu, M. Nirmala Devi, 56, dan bapanya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Setar bagi menziarahi bapa Kunalan yang meninggal dunia.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Kunalan hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjatuh ke bawah jambatan.

“Nahas itu menyebabkan dia dan isteri cedera dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan manakala anak perempuan mereka yang parah dihantar ke HRPB,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI