fbpx

Video gerhana bulan bersaiz gergasi di Artik disahkan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kononnya bulan dikesan bersaiz gergasi sewaktu fenomena gerhana bulan penuh di kawasan Artik yang disahkan palsu oleh pakar falak UniSZA hari ini.

KUALA NERUS – Sebuah video kononnya memaparkan imej bulan bersaiz gergasi sewaktu fenomena gerhana bulan penuh Super Flower Blood Moon kelmarin adalah palsu.

Penyelidik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata, fenomena yang dikatakan berlaku di kawasan Artik bersempadan dengan negara Rusia dan Kanada tersebut tidak logik dan bertentangan dengan hukum alam.

“Saya menerima banyak pertanyaan daripada netizen termasuk golongan terpelajar di media sosial yang bertanyakan kesahihan penyebaran video tersebut yang kononnya berlaku ketika fenomena gerhana bulan Perigee dengan Super Flower Blood Moon kelmarin.

“Mana mungkin imej bulan boleh sebesar itu sedangkan jaraknya sewaktu berlaku fenomena gerhana bulan Perigee ialah 357,000 kilometer dari bumi. Itulah jarak paling hampir bulan dapat dilihat dari bumi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 36 saat yang mendakwa bulan bersaiz gergasi telah melindungi matahari di Kutub Utara di antara sempadan negara Rusia dan Kanada sehingga menyebabkan kawasan sekeliling bergelap dalam lima saat.

Roslan yang mempunyai kepakaran dalam ilmu falak berkata, sekiranya visual yang digambarkan di dalam video itu asli, sudah pasti ia akan menyebabkan bencana alam seperti tsunami yang dahsyat kepada bumi berikutan tarikan graviti luar biasa.

Sehubungan itu, Felo Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur UNISZA menasihatkan netizen agar bertabayun atau menyelidiki dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkan sumber tidak sahih di media sosial – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI