fbpx

Tidak sempat hantar 105 kg syabu ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan mengandungi 105 kg syabu yang dirampas dalam serbuan di Simpang Ampat, Seberang Perai semalam.

GEORGE TOWN – Usaha membawa kira-kira 105 kilogram (kg) syabu ke negara jiran melalui jalan laut digagalkan selepas polis menahan dua lelaki di sebuah jeti haram di Bagan Bukit Tambun, Simpang Ampat, Seberang Perai dekat sini semalam.

Operasi yang berjaya menahan warga tempatan berusia 56 tahun dan warga Indonesia berusia 36 tahun kira-kira pukul 4 petang itu membabitkan pasukan dari Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, pihaknya merampas 100 bungkusan plastik berwarna kuning keemasan tertera perkataan Guanyinwang yang mengandungi dadah disyaki syabu seberat 105 kg.

“Ia merupakan hasil pemeriksaan di dalam sebuah bot fiber tidak bernombor yang ditambat di jeti haram itu.

“Selain dadah tersebut, bot fiber berkenaan dengan sebuah enjin jenis Yamaha 200HP dirampas dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM3.83 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sahabudin, siasatan pihaknya mendapati sindiket berkenaan dipercayai sedang bersedia untuk menghantar dadah berkenaan ke sebuah negara jiran melalui jeti itu.

“Sindiket itu didapati menjalankan kegiatan berkenaan sejak kira-kira setahun lalu.

“Salah seorang daripada suspek memiliki rekod lampau membabitkan kes pengedaran kanabis atau ganja pada 2011,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI