PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikatakan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.
Difahamkan Ahli Parlimen Salak itu ke Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan, namun telah dibebaskan.
Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak SPRM dan Tajuddin.
Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta. -K! ONLINE