fbpx

NEC bangunkan CoE di Sunway City Iskandar Puteri, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN grafik menunjukkan Menara Sunway Big Box Office yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden di sekitarnya di Sunway City Iskandar Puteri, Johor.

PETALING JAYA – NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd. (NEC Malaysia) telah membangunkan Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) pertamanya di Menara Sunway Big Box Office, Sunway City Iskandar Puteri, Johor.

Pengarah Urusannya, Chong Kai Wooi berkata, CoE baharu itu akan difokuskan kepada penyediaan perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian bandar pintar, membangun serta melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam norma baharu.

“Kami ingin membantu rakyat Malaysia dalam menjadikan negara digital yang inklusif menerusi CoE,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Terletak di taman peruncitan format besar pertama Sunway di Johor, NEC Malaysia akan menggunakan keseluruhan tingkat dua daripada 12 tingkat menara pejabat mewakili keluasan lantai kasar sekitar 20,474 kaki persegi dan keluasan lantai bersih sekitar 17,050 kaki persegi.

Sementara menunggu Menara Sunway Big Box Office dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun hadapan, NEC Malaysia kini beroperasi sementara di Sunway Citrine Hub di Sunway City Iskandar Puteri, Johor.
Dijangkakan, NEC Malaysia beroperasi di menara baharu itu pada awal Januari 2023.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City Iskandar Puteri, Gerard Soosay menjelaskan, perjanjian penyewaan antara pemaju dan NEC Malaysia bakal mewujudkan peluang pekerjaan khususnya dalam kawasan perbandaran bersepadu itu, sete­rusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan peluasan operasi NEC Malaysia ke Johor, kami ya­kin mereka akan dapat menjangkaui pelanggan di rantau Asia Tenggara dengan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI