ANGGOTA kumpulan After School, Lizzy didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan satu kemalangan jalan raya.
Polis Gangnam, Seoul dalam kenyataan berkata, Lizzy atau nama sebenarnya Park Soo-ah didakwa kerana melanggar akta pengangkutan jalan (memandu di bawah pengaruh alkohol).
Dia dituduh melanggar sebuah teksi di depannya di Jalan Do Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul sekitar pukul 10 malam.
Ketika ditahan, paras alkohol dalam darah Lizzy membolehkan lesen memandunya dibatalkan secara serta-merta.
Bagaimanapun Lizzy dan pemandu teksi itu tidak mengalami kecederaan.
Terdahulu, beberapa artis Korea Selatan pernah didakwa atas kesalahan sama, termasuklah Nichkhun 2PM, Kangin Super Junior, Jun. K 2PM dan Young-min AB6IX.