fbpx

Jepun bakal tanggung rugi RM70 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN temasya Olimpik Tokyo masih samar apabila ia mendapat bantahan sebahagian besar rakyat negara itu. – AFP

TOKYO – Jepun dijangka akan menanggung kerugian sebanyak AS$17 bilion (RM70 bilion) sekiranya membatalkan penganjuran temasya Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung di Tokyo bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Jumlah tersebut diramalkan hasil kajian Institut Penyelidikan Nomura (NRI) yang didedahkan kepada umum kelmarin selepas pihak kerajaan mendapat teka­nan hebat daripada rakyat yang mahukan penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu dibatalkan.

Pegawai eksekutif NRI, Takahide Kiuchi mengesahkan jumlah kerugian daripada pembatalan Sukan Olimpik 2020 itu bagaimanapun lebih kecil berbanding kerugian sekiranya kerajaan meneruskan langkah darurat yang dilakukan sejak awal tahun ini.

“Jika kerajaan mahu memba­talkan temasya Sukan Olimpik 2020, kerugian yang bakal dialami hanya RM70 bilion. Namun, jumlah itu lebih kecil berbanding langkah meneruskan pelaksa­naan darurat ekoran pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang baharu ketika ini.

“Sebagai rekod, pada tahun lalu, kerajaan telah rugi AS$59 bilion (RM244.3 bilion) apabila melaksanakan perintah darurat buat pertama kali. Kini, pada Januari hingga Mac apabila pe­rin­tah yang sama dilakukan buat kali kedua, kerugian mencecah AS$58 bilion (RM244.3 bilion).

“Malah, pada April sahaja negara terus mencatatkan kerugian AS$17 bilion (RM70 bilion) dan sudah tentu jumlah itu akan bertambah jika perintah darurat diteruskan sehingga ke bulan depan dan saya harap mereka dapat membuat keputusan segera kerana ekonomi semakin buruk,” katanya.

Negara Matahari Terbit itu setakat ini telah merekodkan jumlah keseluruhan lebih 700,000 jumlah jangkitan wabak Covid-19 selain 12,000 kematian.

Bagaimanapun, kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olim­pik Antarabangsa tetap menegaskan bahawa temasya itu akan dianjurkan mengikut jadual yang ditetapkan selepas sudah hampir setahun ditangguh daripada tarikh penganjuran yang sepatutnya dilakukan pada 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI