JOHOR BAHRU – Dua rakaman video berdurasi satu minit 30 saat dan satu minit 38 saat menunjukkan insiden pergaduhan dua kumpulan tular di media sosial Facebook hari ini.
Berdasarkan kapsyen atau keterangan video yang dimuat naik pengguna laman sosial mendapati, kejadian itu berlaku di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.
Menerusi video terbabit, pada awalnya kejadian itu hanya perselisihan faham antara dua lelaki yang dilihat saling berbalas perang mulut.
Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita bertudung warna merah jambu bertindak memukul seorang lelaki sebelum berlaku pergaduhan.
Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan lokasi kejadian dan bagaimana tindakan lanjut pihak Polis Johor. – K! ONLINE