fbpx

Covid bawaan udara lebih bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Penyebaran Covid-19 bawaan udara (airbor­ne) seperti yang berlaku dalam situasi ketika ini dianggap lebih berbahaya dan berisiko, berbanding jangkitan melalui titisan (droplets) kerana ia lebih pantas merebak.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya. Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, situasi itu membimbangkan kerana jangkitan melalui titisan hanya berlaku dalam jarak dekat, sedang­kan penyebaran virus me­lalui udara boleh bergerak lebih jauh.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan persekitaran. Ruang pengudaraan yang terhad lebih memudahkan penyebaran wabak berbanding di kawasan terbuka serta mempunyai pengudaraan yang baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata, pemakaian dua lapis pelitup muka adalah antara kaedah terbaik dan ba­nyak membantu mengurangkan risiko jangkitan melalui bawaan udara berbanding dengan hanya pemakaian satu pelitup muka.

“Kita dapat lihat peningkatan kes sporadik yang berlaku pada masa sekarang adalah cerminan kepada kepatuhan masyarakat kepada asas prosedur operasi standard (SOP).

“Ini termasuklah aspek penjarakan fizikal dan amalan pe­makaian pelitup muka yang semakin berkurangan,” tegasnya.

Mohd. Dzulkhairi berkata, kes sporadik adalah merujuk kepada individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tempat berisiko dan tidak berhubung dengan kontak rapat Covid-19, namun dia disahkan positif pe­nyakit itu.

“Ini mungkin disebabkan individu tersebut mendapat jangkitan daripada individu lain yang tinggal serumah, ataupun ketika berjumpa dengan kaum keluar­ga daripada kalangan mereka yang positif Covid-19 tetapi tidak mempunyai gejala.

“Kebiasaannya, jangkitan sebegini boleh merebak daripada orang yang rapat dengan kita seperti ahli keluarga yang apabila bersama mereka, kita tidak memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa pemakaian sarung tangan dalam kalangan orang awam tidak membantu dalam mengekang penularan wabak, bahkan ia menyalahi prinsip asas kawalan jangkitan Covid-19.

“Paling penting ialah membersihkan tangan dengan kerap menggunakan air beserta sabun atau cecair pembersih beralkohol,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI