fbpx

Azhar dilantik Pengerusi MRT Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR

PETALING JAYA – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat.

Pelantikan yang berkuatkuasa 11 Mei ini  menandakan kembalinya beliau ke syarikat yang pernah diterajuinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang pertama dari tahun 2011 ke 2014.

Menurut CEO MRT Corp,  Datuk Mohd. Zarif Hashim,  berdasarkan pengalaman industri Azhar yang luas, beliau bakal membantu membawa  Kumpulan pada masa hadapan.

“Sebagai CEO MRT Corp yang pertama, pengalaman dan pengetahuan  Azhar adalah sangat bernilai dalam pembangunan Projek Rapid Transit System di antara Johor Bahru dan Singapura, Projek MRT 3 Laluan Lingkaran serta menyiapkan MRT Laluan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, Azhar yang merupakan Pengerusi FGV Holdings Sdn. Bhd. dari tahun 2017 hingga April 2021 pernah memegang pelbagai jawatan seperti Pengerusi MSM Malaysia Holdings Sdn. Bhd.,  Pengarah Urusan

Kumpulan Malakoff Corporation, Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan dan seterusnya Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI