PETALING JAYA – Anak kepada Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad menafikan dakwaan bapanya telah meninggal dunia semalam.
Mohamad Najib Mohd. Isa berkata, bapanya masih sihat dan khabar angin tersebut adalah tidak benar.
“Terdapat satu audio tular di aplikasi Whatsapp yang memberitahu ayah sudah meninggal dunia namun ia adalah tidak benar dan beliau masih sihat.
“Saya harap kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau termasuk jauh daripada sebarang fitnah serta penganiayaan,” katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, tular di Whatsapp berhubung satu audio berdurasi 47 saat yang mendakwa Tan Sri Mohd. Isa Samad meninggal dunia pada pukul 8 malam semalam.
Isa Samad,72, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. – K! ONLINE