PUTRAJAYA – Kes harian negara melonjak melebihi angka 8,000 dengan 8,290 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 549,514 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,052 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 851 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 830 kes.
“Seterusnya, Johor (762 kes), Sarawak (698 kes), Kedah (544 kes), Negeri Sembilan (520 kes), Pulau Pinang (421 kes), Perak (405 kes), Melaka (380 kes), Sabah (308 kes), Pahang (254 kes) dan Terengganu (207 kes).
“Putrajaya pula dengan 44 kes baharu manakala Perlis sebanyak lapan kes dan Labuan sebanyak enam kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE